Jenis/bentuk sah | Syarikat promosi televisyen terestrial digital bersiaran percuma |
---|---|
Industri | Media |
Ditubuhkan | 2002 |
Ibu pejabat | London |
Kawasan perkhidmatan | British Islands |
Tokoh penting | Ilse Howling (Pengarah Pengurusan) |
Keluaran | Kelengkapan penerimaan saluran televisyen terestrial digital percuma |
Hasil | Bukan untung |
Pemilik | DTV Services Ltd |
Tapak web | www.freeview.co.uk |
sunting · sunting di Wikidata |
DTV Services, yang berdagang dengan jenama Freeview, ialah nama bagi sekumpulan perkhidmatan siaran percuma pada platform televisyen terestrial digital di UK. Perkhidmatan ini dikelola oleh lima pemegang saham sama rata, iaitu BBC, ITV, Channel 4, Sky dan pengendali pemancar Arqiva. DTV Services direka untuk memasarkan perubahan pada platform digital. Dalam usahasama bersama Digital TV Group, DTV Services bertanggungjawab atas penentuan pemasaran seperti jenama PVR Freeview+, dan perkhidmatan saluran definisi tinggi Freeview HD.
Freeview dirasmikan pada 30 October 2002, 5 pagi apabila pihak BBC dan Crown Castle (kini Arqiva) secara rasminya mengambil alih lesen-lesen televisyen terestrial digital (DTT) untuk bersiaran melalui tiga multipleks dari ITV Digital yang baru dibubarkan. Anggota-anggota pengasas DTV Services yang berdagang sebagai Freeview, ialah BBC, Crown Castle UK (kini sebahagian Arqiva) dan British Sky Broadcasting. Pada 11 Oktober 2005, ITV plc dan Channel 4 menjadi pemegang saham sama rata. Semenjak itu, model Freeview sudah dicontohi di beberapa negara lain termasuk Australia, New Zealand, Perancis dan Itali.